demi mencari kebenaran

demi mencari kebenaran
klik gambar untuk ke FB

Wednesday 19 August 2015

Bahan Bukti 1MDB Di Tangan Peguam Negara Switzerland !

Syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberkati kelicinan urusan penyerahan semua bahan bukti mengenai kes skandal 1MDB di pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.

Saya telah serahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan 'Swiss Financial Regulator Finma' untuk buat siasatan secara komprehensif terhadap semua salahlaku penyelewengan kes skandal 1MDB yang membabitkan Swiss bank serta beberapa bank antarabangsa.

Kunjungan saya ke pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern telah ditemani oleh peguam saya Matthias Chang.

Kami telah menyerahkan segala bahan bukti dan kronologi kes skandal 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland yang beribu pejabat di Bern pada hari Selasa (18 Ogos 2015) jam 2:30 petang waktu tempatan.

Salahlaku dalam kes skandal 1MDB ini mesti dilawan secara habis-habisan demi untuk menyelamatkan dana kerajaan mahupun wang rakyat di tanahair kita dari sebarang unsur penyelewangan!!

Saya bersama peguam iaitu Matthias Chang berikrar untuk menangani kes skandal 1MDB serta menyerahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan kewangan antarabangsa bagi membantu menyiasat penyelewengan ini secara telus, adil, saksama serta komprehensif.

Masakini, saya amat kecewa dengan pihak penguatkuasaan undang-undang dan kewangan di negara kita yang nampak secara ketara tidak menyiasat kes ini secara professional dan telus. Lain yang saya laporkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara (BNM) tetapi malangnya lain yang disiasat!

Sebagai contohnya pihak PDRM asyik sibuk nak siasat Justo dan Clare Brown (editor Sarawak Report) tetapi penyangak Jho Low tidak pernah disiasat pun dan masih bebas sehingga kini!

Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas penyangak Jho Low tetapi sehingga kini masih tiada kelihatan sebarang daya-usaha untuk memanggil seterusnya menyiasat pembabitannya dengan urus niaga 1MDB. Mengapa??!!

Secara rasminya saya turut membuat laporan kepada SPRM, BNM serta Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengenai penyangak Jho Low ini. Apa istimewanya dengan penyangak Jho Low ini yang masih tidak disentuh oleh pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita?

Secara jujurnya saya sudah mula hilang kepercayaan dan tidak yakin dengan pihak penguatkuasaan undang-undang di tanahair kita masakini.

Sepatutnya penjawat awam dan penguatkuasa undang-undang di negara kita harus memikul tanggungjawab mereka secara teramanah yang mungkin. Mereka harus takut pada Allah swt bukan takut sesama manusia. Kalangan ini juga jangan lupa bahawa mereka bakal disoal di Padang Mashar di hari akhirat kelak. 

Bertindaklah selaras dengan ajaran agama Islam tanpa takut walaupun sebesar zarah terhadap manusia sesama manusia khususnya kalangan puak yang mungkar serta korup!!

2 comments:

  1. Askm. Dato...

    Saya setuju ngan dato....Saya pun dah hilang percaya terhadap siasatan oleh agensi yg terlibat...Sbg contoh konspirasi guling kan kerajaan yg disiasat....Kes penyelewengan dan rasuah semua senyap......Yg dedahkan maklumat pula diugut sbg pengkhianat dan cubaan sabotaj ekonomi....Yg rakyat nak tahu adkah benar lapuran tersebut...Jika tidak benar ...tiada sabotaj pun kpd ekonomi negara....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Sy berdoa agar Tuan diberi kekuatan dan semangat waja dalam menegakkan kebenaran dan menolak kemungkaran. Dan juga dipermudahkan segalanya utk Tuan mencapai kejayaan. Sy berterima kasih kpd Tuan krn adanya insan yg berani dan kuat utk berhadapan dgn lanun moden yg telah 'hijack' Malaysia masa kini. Semoga segala usaha Tuan dlm menegakkan kebenaran berjaya membawa lanun2 dan pengawalnya sekali menghadap ke muka pengadilan. Dan bermulah satu muka baru utk pembangunan Malaysia ke arah masa hadapan yg lebih cerah dan penuh harapan.
    Terima kasih Tuan dan doa saya utk yg terbaik buat Tuan.
    Sy pula tanpa gagal akan sentiasa bercakap ttg perkara ini kpd kenalan2 dan sanak saudara agar kami semua sedar dan tidak termakan dgn tipu helah propaganda para lanun yg telah 'hijack' dan rompak Malaysia yg tercinta ini.

    -mimn-

    ReplyDelete